Sunday, 20 September 2015

PENGENALAN WERDA

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ


Apa itu WERDA?


WERDA Sofia ialah rekaan tudung labuh mengikut syariat tanpa kompromi dengan fashion dan dicipta dengan ketelitian seperti seorang ibu kepada anaknya.

Keluar rumah dengan mematuhi aturan Allah, menutupi dada, memenuhi syariat Islam dengan bertudung labuh yang SOLAT-READY dan pada masa yang sama masih lagi tidak kelihatan kolot di ruangan mewah.

Tudung WERDA direkacipta, dikeluarkan dan dipasarkan dengan BASMALAH, berteraskan semangat UBUDIYAH. Nilainya tidak terletak hanya pada harga, tetapi lebih kepada semangat dan jiwa luhur semua insan yang terlibat, hanya untuk melihat Islam kembali fitrah melalui pemakaian Muslimahnya.

Dengan WERDA, dari sekecil-kecil anak hinggalah wanita dewasa yang berbagai rupa bentuk badan dan usia akan dapat menikmati keselesaannya. Dari yang kurus hingga yang berisi, yang muka bulat mahupun yang bujur, bahkan wanita yang hamil juga. Itu dapat dilihat dari gambar-gambar yang diperagakan.

Mahalnya WERDA ialah pada kepuasan kami dalam memberi peluang para Muslimah merasa bukan sahaja selesa memakai tudung labuh, malah berbangga dengan kualiti fabrik dan keunikan rekacipta serta ketelitian pembuatannya.

W E R D A adalah produk BERJENAMA.Pengeluarannya juga sangat terhad kerana ianya tidak mampu dikeluarkan secara pukal oleh tukang jahit yang ‘biasa-biasa’.

Pilihan Warna WERDA Sofia

  • Sweet pink SFSP001
  • Nude peach SFNP002
  • Ocean Blue SFOB003
  • Lemon Yellow SFLY004
  • Ash Grey SFAG005
  • Hazel Brown SFHB006


Material: LYCRA DENIM.

Sangat lembut dan selesa. Tidak panas, tidak jarang, tidak melekap di badan (tak menampakkan susuk tubuh). Labuh boleh mengikut saiz yang dikehendaki.


Pilihan Saiz Dewasa

Bagi ukuran saiz dewasa,

4 ukuran saiz muka

S: 27cm
M: 29 cm
L: 30 cm
XL: 31 cm


Bagi ukuran saiz labuh dewasa, 

3 ukuran saiz labuh

S: 70 cm
M: 75 cm
L: 85 cm


Saiz tudung boleh dipilih berasingan antara saiz muka dan saiz labuh. Ini adalah keunikan WERDA di mana jika Werdarians memiliki wajah yang kecil tetapi masih inginkan kelabuhan maxima, boleh memilih untuk muka saiz S dan labuh saiz L. Jadi Werdarians boleh mengukur saiz lilit muka untuk memudahkan pesanan tudung WERDA. Selamat memilih :)

WERDA tudung exclusive yang labuh dan menepati syariat. Ready solah dan boleh digunakan harian dengan pelbagai pilihan saiz dan warna (terdapat 6 pilihan warna menarik). Boleh menghubungi ejen pengedar untuk pesanan.

Jika ingin meneruskan pembelian, sila sertakan :

Nama:
Emel:
Pilihan kod warna:
Pilihan saiz muka & saiz labuh:

Hantarkan kepada SARAH 019-9571083 (Whatsapp for fast reply)
Email to: maisarah.embong@gmail.com

Teruskan follow blog "Sayidaty Heejab" untuk info terkini WERDA.



No comments:

Post a Comment